Powered By Blogger

Friday 3 July 2015

Me and Hipster ?


Assalammualaikum readers !
Tengok jam . awal kan aku bangun ? Haha . mana ada awal bangun . memang tak tidur pun .
Ni mesti sebab kuasa caffeine lepas dah telan 2 gelas Kopiko lepas berbuka dan sebelum nak cuba melelap . haih -,- sungguh tak sehat permakanan aku kan ?




Tadi masa tengah usha2 handphone dan laptop yang dah mula memburuk ni ,
terjumpa lak gambar2 aku bila dah start menggila dekat hostel Vic nih .
gambar2 tu beberapa hari ja sebenarnya .




betapa gilanya aku bersama housemate cuba2 buat fashion tudung .
dan mangsanya ? of course lah aku . entah apa ja fashion jadi .
aku gelak sendiri ja tengok gambar2 tu semua .



My housemates memang faham DILA punya pemakaian tu macam mana .
super simple yang pernah ada . memang tak tahu menahu pasal fashion .
takat yang aku tau , match kan baju dgn tudung , lilit shawl yang paling senang ,
pakai bedak tempel2 , cukup .




pathetic kan ?






Dan bermulalah saat Tragedi :D









First Try





2nd Try






3rd Try







                                                                             4th Try




And this is the last one . I like this . Simple . tak berat kepala aku nak carry . Haha :D









Haa ni saki baki yang tinggal . 






Dah2 , janganlah kutuk . bagilah ruang dekat joyah ni nak b'Hipster jugak . kesian . Haha :D 



Dan tamatlah sesi menggila aku takat ni . Mungkin kerana masa untuk pulang ke Hometown sudah hampir tiba . jadi unsur gila itu makin teruk dan kritikal . 6days left . wehooooo~
nak balikkkk ! 


Ok . Dessol . Assalammualaikum :)





Wednesday 1 July 2015

Trip to Gua Tempurung (pengalaman dan kenangan)

 ` Assalammualaikum semuaa .. Hye !
Apa khabar ? makin lawa tak ? makin comel tak ? Haha .
Ok hari tu dah bagitau kan pasal yang saya nak gi trip ke Gua Tempurung tu kan ?
Jeng ! Jeng ! .. Haa .. ni lah yang kita nak cerita ni . pasal ke Gua Tempurung , Gopeng , Perak .



Ehem’2 . Harapnya readers faham coretan kali ni ya , sebab tak cakap formal . Ayatnya mungkin tercampur Sabah Dan Semenanjung . tp I bukan nak bajet KL ya . sory sikit . pekat ni masih slang Sabah saya . takut kalau sia cakap sabah pekat2 urang nda faham . ( Huh , talk about Sabah , I Miss Sabah) . takpa lagi berapa hari dah nak balek Sabah . Sandakan wait for me !!



Gua tempurung . kami pegi sekali dgn semua classmates dalam 40 orang . ramai jugak lah . kamu tau masa first plan nak gi Gua tempurung tu , punya lah sy merungut . Jauh laa , Bajet tak cukup lah , apa lah , ada ja rungutan . Tapi bila masa dh nak pegi tu , dah mula dah ada rasa excited . Haha :D . Sekali dah sampai lagi lah . Best gila .



Masa nak ke Gua tempurung naik bas , take time dalam 1 hingga 2 jam jugak lah . tapi sy rasa , depend dkat driver and jalan . tak nak cakap banyak pasal tu sebab sy tak arif sangat bab masa perjalanan dari KL ke Perak nih .  tp yg sy sure memang ambik masa 1 untill 2 jam lah .



First ja kami smpai , khemah apa semua dah set-up . kita tinggal masok ja . memandangkan masa tu kami masih belajar basic , jadi sy dengan housemates saya masih duduk dalam satu kelas . sepatutnya lain2 sebab course tak sama . jadi gi trip pun sesama lah . ada dua khemah perempuan masa tu . jadi sy dgn sorang housemate duduk sekali dgn classmate yg lain kecuali 3 orang lagi housemate sy . depa dapt khemah baru sebab dah tak muat sangat .



Sebelum mula aktiviti ja , saya dah terjatuh masok dalam air . sejuuuuukkk .. TERjatuh k? tergelincir sebab batu dia licin . Haha :D
Aktiviti memang susah sikit nak mula cerita sebab banyak sangat aktiviti yang best2 . ada satu malam tu , saya dah siap2 mandi wangi2 . ingatkan takda aktiviti yang basah . rupanya malam tu kami kena buat night walk . ingatkan night walk biasa . rupanya kena masok hutan , jalan rentas sungai , lalu jalan kotor , jauhnya sejauh 7 kilometer . Fuhhhh … penat .


Masa otw tu , banyak benda unik kami jumpa . tau yang saya perasan tu kan , ada bukit tu bentuk dia macam gajah . guide yang tunjuk . sy memang amazed gila lah masa tu . dah tau lah perangai saya yang memang kuat jakun kan ? ahahaha :D
Lagi yang paling best masa night walk kan ,  jalan punya jalan , rentas punya rentas , last2 jumpa sungai dgan batu2 yang cantik , air jernih , air dia sejuuukkk …
Masa dah habis rentas bagai , apa semua tu last2 saya terfikir , “punya lah jauh tu. mcm mana lah aku boleh tahan jalan sejauh tu”
Conclusion of that night-walk :  BEST .


Lepas night walk , pagi2 kami buat FLYING FOX  !!! jyeahhh !!! excited lak mcm tak pernah rasa . padahal dah . nih mesti kes rasa tak cukup lah ni . nak buat lagi flying fox tuuu … serious . tapi tak dapat . ye lah . kami ramai . kalau semua orang nak repeat macam mana lah . Ya Allah … tak terkata memang best lah . dengan sy yang penyakit gayat ni dah tak pedulik . first tu memang tak nak , tapi  dah mind-set awal2 , kalau bukan skarang bila lagi . Peluang tuuuu ..
Ingat lagi sorang Guide tu cakap masa lepas saya buat flying fox .

           “Wei . muka dia dah pucat habis macam Nampak hantu. Muka takda darah langsung”

             Ya bang . memang . saya gayat .



After Flying fox , Jeng jeng jeng ! aktiviti kemuncak . Masuk ke dalam Gua tempurung . pengalaman yng memang takkan sy lupakan . selama ni tengok ja dalam TV , tengok dokumentari , Tourism Channel , kali ni alami sendiri . Memang seronok habis . Orang paling excited ? Of course lah me .
Cantiknya isi Gua Tempurungggggg … Masha Allah … serious . Jalan disuluh dengan banyak lampu tiang warna kuning , jalan bertangga , air gua yang menitik tanpa henti . memang cantik tak terkata . yang paling lawa , masih sempat jugak Nampak Crystal depan mata biarpun yang masih kecik2. dapat sentuh lagi . Banyak jugak benda unik eh ,, ada batu-batuan dia tu yang terbentuk jadi banyak benda unik . yang saya ingat , ada bentuk T-shirt , bentuk Pregnant-Lady , Haiwan . banyak lagi . lupa dah . 

dalam tu pun banyak jugak peninggalan sejarah yang sy berpeluang Nampak . ada satu tu , tulisan cina pada batu . so kami suruh kawan kami yang berbangsa cina tolong bacakan . and guess what he said ?  “I pun tak dapat baca . sebab ini semua ancient words . I tak faham .” sy kagum lagi sekali . bukan sebab my Chinese friend tu tak dapat baca , sebab dapat rasa pengalaman jumpa benda2 sejarah depan mata . selama ni tengok dalam buku sejarah form5 . Heeee :D



Kami teruskan perjalanan . sampai satu tahap , ada tempat yang taka da lampu so bergantung pada torch-light . Tak peduli . excited punya pasal sy tak mau berhenti . bberapa kali ada jugak guide tanya , sapa yang nak stop kan perjalanan dan patah balik sebab masih sempat . Saya tak nak . Ni ja peluang . tak mau lepaskan .


Pendekkan cerita , dapat lagi jumpa banyak benda cantik . kali ni kami jalan dah takda jalan2 senang . semua kena merangkak , menyisip , menyusup , tiarap , lompat . fuhh .., benda cantik yang saya ingat , bentuk batu yang cantik terbentuk  yang sedang dialiri dengan air tanpa henti . wahhhh .. teringat balik . cantik . berapa kali saya sentuh banyak kali . sebab kenangan . haha :D



After 5 jam dalam Gua , kami keluar . fuhh .. 5jam . lama tuu .. penat .. pulang ja badan semua sakit2 sampai seminggu . Penat . tapi penat yang berbaloi . masa nak tinggalkan tampat tu , ada pulak rasa sedih . tak mau pulang . nak masuk lagi . tapi perjuangan harus diteruskan . Kami pulang ke Vic dengan kenangan .




Conclusion , Gua tempurung cantik . cantik sungguh ciptaan Allah . Sungguh . Bijaknya Allah menjadikan dunia ini penuh dengan yang indah2 .
Cukup Allah dah bagi kita bahagia dengan dunia yang indah . Say Alhamdulillah jangan lupa . semua Allah punya . Allah bagi pinjam . syukur masih berpeluang .
Yang nak bercuti dan buat aktiviti ekstrem pegilah Gua Tempurung . best .
Dah . habis dah tulisan untuk kali ini . macam biasalah . sila teruskan scroll ke bawah untuk images .
Terima kasih spend time baca . Thanks Silent Readers . Thanks . Is ? I know you are reading now . Haha :D thanks bro .






 disebabkan kami tak dibenarkan bawa phone or camera oleh lecturer and guide , jadi kami tak dapat lah nak amik gambar dalam tu . saya amik gmabar2 ni dari En.Google . sapa punya images ni tolong                                                halalkan untuk pinjam yerr .. terima kasih :)





Khemah 


Rombongan :) 



                                       I'm Doing  Flying Fox ! Wehuuu ~
                                                                          Mates





































*Gambar yang tak t'Rotate tu , haa .. aku pun tak tau kenapa aku dah tak jumpa butang rotate tuh . Spoil betul lah*



Sorrylah sepanjang tulisan ini ada banyak unsur Jakun . dah memang perangai Jakun dan aku tak dapat dipisahkan :D Maaf salah silap . Assalammualaikum .